Tuesday, April 19, 2011

Zuhud dari kaca mata Dr. Qardhawi

 

image

Masih ramai umat Islam yang keliru dalam memahami zuhud. Zuhud difaharni sebagai sikap menjauhi semua persoalan keduniaan, seperti tidak mahu mencari kekayaan hidup, tidak mahu bekerja untuk kebahagiaan dunia dan tidak mahu memanfaatkan sumber alam. Sikap ini tentu saja tidak betul, seperti yang dibantah oleh para ‘ulama’ dengan kata‑kata, "Ingatlah, bahawa menguruskan sumber alam adalah bahagian yang sangat penting dari tujuan syari'at." Imam al‑Raghib al‑Asfahani mengatakan, bahawa bagi umat Islam, dalam menguruskan sumber alam. setidak‑tidaknya dimotivasi oleh tiga hal yang sangat penting iaitu:

Pertama: Ibadah kepada Allah. Firman‑Nya:

Ertinya: “Dan (ingatlah. Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah dan beribadah kepadaKu.”(adz-Dzariyat : 56)

Kedua: Menjalankan tugas manusia sebagai khalifah di muka bumi, sebagaimana ditegaskan oleh Allah S.W.T. tentang fungsi manusia. di bumi dalam firman‑Nya:

Ertinya: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. (al-Baqarah :30)

Ketiga: Kewujudan perintah Allah S.W.T. agar manusia menjadi pengelola seluruh sumber yang ada di bumi (imarat al‑ardhi), seperti terkandung di dalarn firman‑Nya:

Ertinya: “Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memaknuikannya." (Hud : 61)

Ayat ini mengandungi perintah agar kita mengurus seluruh sumber atau hasil alam yang ada di muka bumi. Oleh yang demikian, zuhud bukan bererti harus meninggalkan usaha atau mengabaikan tugas sebagai pengurus sumber alam. Ia adalah suatu komitmen untuk hidup secukupnya, tetapi tidak menjadikan diri terbelenggu dengan kepentingan dunia sehingga melupakan kepentingan akhirat. Pendek kata, ibarat kita berjalan di atas muka bumi tetapi kepala kita menengadah ke atas. Kita hidup di dunia dengan hati sebagai penghuni akhirat. Kita bekerja untuk dunia seolah‑olah hidup selamanya dan bekerja untuk akhirat seolah‑olah akan mati esok. Inilah prinsip yang dipegang teguh oleh para sahabat Nabi Muhammad s.a.w.

Jadi, prinsip zuhud yang benar ialah kita menguasai dunia tetapi dunia tidak menguasai kita. Dunia hanya ada di tangan, tetapi tidak di dalam hati. Maka tidak hairan kalau ramai sahabat Rasulullah s.a.w. yang menjadi orang kaya, misalnya Abu Bakar .a., 'Uthman .a. dan 'Abdul Rahman bin 'Auf .a. Padahal mereka tergolong sepuluh sahabat yang dijamin masuk syurga. Mereka kaya, tetapi mereka tidak dikuasai oleh harta benda dan hiasan dunia lainnya.

'Abdul Rahman bin 'Auf misalnya, telah mengikut Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah. Dia rela meninggalkan rumah, kebun dan segala hartanya di Mekah. Di Madinah dia mulakan hidup dari kosong. Namun, semangat berusaha 'Abdul Rahman bin 'Auf tidak pernah surut. Ketika dipersaudarakan oleh Rasulullah s.a.w. dengan Sa'ad bin Rabi' al‑Ansari, Sa'ad menawarkannya untuk memilih salah satu rumahnya sebagai tempat tinggal dan menawarkan hartanya untuk dibahagi dua.'Abdul Rahman bin 'Auf membalas pemberian yang sangat berharga ini dengan penuh kewibawaan, seraya berkata,"Semoga Allah memberkati keluarga, rumah dan harta anda, tetapi aku adalah seorang pedagang, maka tunjukkanlah kepadaku di mana ada pasar di sini."

Ketika itu pasar di bawah monopoli Bani Qainuqa' dari golongan Yahudi. Namun 'Abdul Rahman bin 'Auf yakin dan sedia bersaing dengan Bani Qainuqa' yang menguasai ekonomi. Dalam waktu yang singkat dia mampu bersaing dengan orang Yahudi. Sehinggalah pada suatu hari dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dengan bau yang sangat harum. Maka apabila Rasulullah s.a.w. bertanya, dia menjawab, "Saya sudah bernikah, wahai Rasulullah." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, "Apakah sudah mengadakan walimah?" Dia menjawab, "Belum!" Maka Rasulullah s.a.w. berkata, "Laksanakan walimah walaupun hanya dengan seekor kambing." Walaupun 'Abdul Rahman bin 'Auf memulakan usahanya dari kosong di Madinah, namun ketika dia meninggal dunia, dia meninggalkan emas yang cukup banyak. Seperti dikatakan Ibnu Sa'ad, bahawa emas peninggalannya dibahagikan kepada empat isterinya dengan bahagian masing-masing lapan puluh ribu dinar. Jumlah ini hanyalah satu pertiga puluh dari semua jumlah hartanya. Cuba bayangkan berapakah jumlah keseluruhan harta 'Abdul Rahman bin 'Auf yang pada saat itu nilai dinar dan dirham sangat tinggi.

Namun, dia tidak teragak‑agak menginfaqkan berjuta-juta hartanya untuk membantu semua keperluan pasukan jihad dan membantu fakir miskin. Demikian juga kekayaan 'Uthman bin 'Affan. Dunia dalam genggaman mereka, tetapi mereka tidak sampai gila kepada dunia. Mereka memperbudakkan dunia tetapi mereka tidak diperbudakkan oleh dunia. Jelaslah, betapa dalam mencari harta dunia, yang penting, dunia tidak dijadikan satu‑satunya primadona supaya dunia tidak memperbudakkan kita. Inilah zuhud yang sesungguhnya.

Bagaimanpun, ada juga umat Islam yang memburukkan imej ajaran Islam, seperti yang dilakukan oleh segelintir masyarakat yang gaya hidup melambangkan kemiskinan. Mereka memutuskan sama sekali dengan keduniaan. Mereka hidup tanpa bekal, tanpa bekerja, padahal mereka mampu bekerja. Jelas amalan ini bertentangan dengan syari'at Islam dan tidak sesuai.

Ketika 'Umar .a. melihat beberapa orang berdiam diri di masjid setelah solat Jumaat, dia bertanya kepada mereka, "Siapakah kamu?" Mereka menjawab, "Kami adalah orang yang bertawakkal kepada Allah." Lalu 'Umar .a. berkata, "Sesungguhnya kamu adalah orang pasrah yang tidak mahu berusaha untuk mencari rezeki dan hanya berdoa: "Ya Allah berilah kami rezeki." Padahal mereka tahu bahawa langit tidak menurunkan hujan emas atau perak, tetapi Allah S.W.T. yang memberikan rezeki kepada manusia. Apakah kamu tidak pernah mendengar firman Allah: Apabila telah ditunaikan solat maka bertebaranlah kamu di muka bumi?" Setelah berkata demikian, 'Umar .a. segera mengusir mereka dari masjid.

Adaptasi dari Buku Sanggahan Salah Tafsiran Islam oleh Dr. Qardhawi

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...