Pesan Rasul Kepada Ali
RASULULLAH S.A.W. berpesan kepada Ali bin Abu Talib karramallahu wajhah:
- Wahai Ali, jauhilah kamu daripada orang yang merasa lebih tinggi daripada maut. Mereka hanya mengingati kehidupan dunia mereka.
Ali bertanya: Siapakah mereka wahai Nabi Allah? Baginda menjawab: Orang-orang kaya dan puak-puak duniawi yang kamu melihat mereka bersungguh-sungguh untuk mengumpulkannya seperti mana seorang ibu bersungguh mengasihi anaknya. Mereka adalah orang-orang yang rugi kemudian hari.
- Wahai Ali, sebaik-baik manusia di sisi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada manusia lain. Seburuk-buruk mereka di sisi Allah ialah sesiapa yang panjang umur tetapi buruk amalannya.
Sebaik-baik mereka ialah orang yang panjang umur dan baik pula amalannya. Semarah-marah orang di sisi Allah ialah sesiapa yang makan seorang diri dan manghalang makanan dan lain-lain, memukul hambanya, memuliakan orang kaya dan merendahkan orang fakir.
Sejahat-jahat orang ialah sesiapa yang hidup dalam perkara-perkara haram, mati dalam benda-benda haram. Dan seburuk-buruk orang ialah yang panjang umur tetapi jahat amalannya dan ia tidak bertaubat daripada apa yang Allah melarangnya. Dia pula bersungguh-sungguh untuk mengampunkannya.
Sejahat-jahat orang ialah sesiapa yang menzahirkan persahabatan terhadap kawannya yang Muslim dan mengatur sesuatu yang tidak baik di belakangnya.
Sejahat-jahat orang ialah sesiapa yang menghabiskan awal umur dengan kelalaian dan mengakhirinya dengan malas untuk mentaati Allah Taala.