Monday, April 11, 2011

Perbaiki diri pekerti.

 

image

Imam Ghazali telah memberi beberapa pedoman dalam memperbaiki budi pekerti manusia iaitu sebagaimana berikut :

Pertama:

Dia mesti sentiasa berdekatan dengan seorang guru yang mengetahui sunguh-sungguh tentang kekurangan, kecelakaan dan keburukan yang ada pada dirinya dan yang dapat melihat kecacatan yang tersembunyi dalam jiwanya. Guru ini dengan kebijaksanaannya akan menerangkan kekurangan itu kepadamya di mana selepas itu guru tersebut akan memberi petunjuk yang mesti diikuti secarabersungguh. Begitu juga dengan latihan yang berkaitan dengan pembaikian itu dikerjakan benar-benar maka barulah hasilnya akan berkesan.

Kedua:

Dia mesti mencari seorang teman yang setia, jujur, mengetahui keadaan dirinya dan beragama untuk dijadikan pengawas yang sentiasa mengamti segala gerak- gerinya. Pengawas ini akan menegur apabila adanya sesuatu yang kurang baik berlaku. Apabila setiap teguran dipatuhi maka usahanya ke arah memperbaiki budi pekerti akan bertambah maju.

Ketiga:

Seseorang dapat mempelajari kekurangan, kecelaan dan keburukan dirinya daripada musuhnya iaitu dengan mendengar kekurangan yang keluar daripada musuhnya yang membencinya kerana mata orang yang benci cepat melihat kecelaan yang ada. Manusia dapat banyak faedah daripada lidah musuhnya yang sedang marah dan sedang menghamburkan keburukan dirinya. Ia lebih baik daripada pujian seorang teman yang penipu dan suka menyembunyikan keburukan yang sebenarnya.

Keempat:

Melalui pergaulan juga mampu memperbaiki budi pekerti seseorang. Bergaul dengan ramai orang banyak faedahnya di mana seseorang dapat melihat apa yang baik dan kurang baik melaluinya. Dia mengambil sifat yang baik untuk diguna dan yang tidak baik untuk dijauhkan atau menggantikannya dengan yang baik. Sebaiknya seseorang yang mahu memperbaiki budi pekertinya mestilah menghitung dirinya sendiri dengan membersihkannya daripada segala kecacatan .

MATLAMAT AHKLAK MULIA

Imam Ghazali dalam ajarannya menjadikan Al-Quran sebagai ukuran dalam mengenali tanda budi pekerti yang baik dan ukuran yang digunakan untuk mengetahuinya. Al-Quran cukup lusa membentangkan dua jenis mausia yang baik dan jahat. Hampir keseluruhan firman Allah secara terus terang atau menyindir menyebutkan sifat orang mukmin yang soleh dan sifat orag kafir serta munafik yang merosakkan. Menurut Imam Ghazali kebahagiaan akhirat merupakan matlamat utama akhlak mulia.

Melalui kitabnya Al-Mizan beliau menerangkan tujuan tersebut : " Kebahagiaan yang sebenar ialah kebahagiaan akhirat. Kebahagiaan yag lain daripada itu adalah kebahagiann majazi yang terdiri daripada majizi yang keliru iaiatu kebahagiaan dunia yang tidak dapat membantu untuk sampai kebahagiaannya ke akhirat. Majizi yang sebenar ialah yang dapat membantu tujuan akhirat. Sekalipun ada sesuatu yang dapat menyampaikan manusia kepada kebajikan dan kebahagiaan tetapi kebahagiaan akhiratlah yang benar daripada segala tujuan itu".

Secara rambang Imam Ghazali seperti tidak mahu mengakui tujuan sosial dan tidak mahu menamakan tujuan itu suatu kebahagiaan. Sebenarnya beliau ingin lebih jauh daripada tujuan itu dalam meletakkan dasar-dasar utama untuk sesuatu amal kebajikan itu bukan hanya sehingga tercapainya masyarakat sosial tetapi beliau ingin mengembalikan segala tujuan itu kepada Allah dan kebahagiaan akhirat. Dengan ini maka segala kebajikan yang dilakukan bukan kerana ingin nama, pangkat dan sebagainya tetapi ditimbulkan atas rasa keikhlasan dan tanggungjawab terhadap Allah. Kepuasan hati yang disebutkan kebahagiaan daripada orang yang berbuat baik akan lebih dirasai daripada kepuasan yang dapat daripada pujian sesama manusia.

Imam Ghazali turut menyatakan dalam kitabnya Al-Mizan bahawa orang yang menjauhi segala kejahatan dan maksiat kerana hanya memelihara kemuliaan diri tidak dinamakan afif iaitu sopan santun atau suci batinnya disebabkan dia tidak bermaksud berbuat demikian kerana Allah.

Inilah ia fahaman Imam Ghazali tentang akhlak di mana kitab-kitabnya terus menjadi bahan rujukan utama sehingga hari ini untuk dijadikan pedoman dalam menghayatinya dan menangani permasalahan akhlak yang timbul .

Rujukan

1. Abu Hamid Al-Ghazali ,Al-Munqiz min Al-Dholal, semakan Abdul Mun’im al-‘Ani, Al-Hikmah, 1994
2. Imam Al-Ghazali, Ihya’ Ulumuddin, Dar al-Khari,cetakan kedua 1993
3. Prof. Dr. haji. Aboebakar Atjeh, Akhlak Dalam Islam, Pusataka Aman Press, cetakan kedua 1982

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...