Tuesday, April 5, 2011

Kelebihan solat Dhuha

 

image

Dari Muaz bin Anas al Juhani ra berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda; ‘Barangsiapa yang tetap duduk di tempat solatnya sesudah solat Suboh sedangkan dia tidak berkata apa-apa kecuali kebaikan, kemudian dia mengerjakan 2 rakaat solat Dhuha, maka dosanya diampunkan walaupun lebih banyak dari buih dilautan.’
(hari Abu Daud, bab solat Dhuha, hn 1287)

Dari Hasan bin Ali ra berkata, ‘Aku mendengar Rasulullah saw bersabda; ‘Barangsiapa telah selesai mengerjakan solat Suboh lalu dia berzikir kepada Allah ‘azzawajalla hingga matahari terbit, kemudian dia mengerjakan 2 rakaat atau 4 rakaat (solat Dhuha), nescaya api neraka tidak akan menyentuh kulitnya.’ (hari Baihaqi dalam Syu’bul Iman, iii/420)

Dari Anas bin Malik ra berkata, Rasulullah saw bersabda;
‘Barangsiapa selesai mengerjakan solat Suboh berjemaah, lalu dia duduk sambil berzikir kepada Allah hingga terbit matahari kemudian dia mengerjakan solat 2 rakaat (solat Dhuha), maka dia memperolehi pahala seperti haji & umrah.’
Anas ra melanjutkan bahawa Rasulullah saw bersabda;
‘(Haji & umrah) Yang sempurna, Yang sempurna, Yang sempurna.’ (hari Tirmizi, katanya hadis ini hasan gharib, hn 586)

Dari Abu Darda ra, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda;
‘Sesungghhnya Allah ‘azzawajalla berfirman, “Wahai anak Adam! Janganlah kamu malas mengerjakan 4 rakaat solat pada permulaan hari (solat Dhuha), nescaya Aku akan mencukupkan (semua keperluan) mu hingga akhir hari itu.” ’
(hari riwayat Ahmad & perawinya adalah tsiqat, Majmauz Zawaid, ii/492)

Dari Abu Hurairah ra berkata, ‘Rasulullah saw mengirim satu jemaah & dalam tempoh yang singkat mereka kembali dengan membawa ghanimah (harta rampasan perang) yang banyak. Seorang lelaki berkata; ‘Wahai Rasulullah, kami belum pernah melihat satu jemaah pun yang kembali begitu cepat sambil membawa ghanimah yang begitu banyak selain dari jemaah ini.’ Rasulullah saw bersabda; ‘Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang seorang yang memperolehi ghanimah dengan waktu yang lebih singkat? Iaitu seorang yang berwuduk dengan sempurna di rumahnya lalu pergi ke masjid untuk mengerjakan solat Suboh, kemudian (setelah terbit matahari) dia mengerjakan solat Dhuha. Sesungguhnya dialah orang yang lebih banyak memperolehi ghanimah dalam waktu yang lebih singkat.’ (hari riwayat Abu Ya’lah & perawinya adalah sohih, Majmul Zawaid, ii/491)

image

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...