HABBATUS SAUDA’
Hadith Sahih berkenaan Habbatus Sauda
- Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:
- “Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”
- Riwayat Imam Bukhari.
- Daripada Buraidah katanya, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:
- “Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.
- Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadith-hadith sahih no. 1819.
- Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:
- “Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut”.
- Riwayat Bukhari (10:118-119) ; Muslim (7:25) ; Ibnu Majah (2:342) ; Tarmizi (2:3 pada edisi BulaQ) ; dan Ahmad (2:241) menerusi riwayat Sufyan bin ‘Uyainah daripada Al-Zuhri dan Abu Salamah.
- “Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”
Nigella Sativa, pohon yang darinya dihasilkan minyak Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Asalnya tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara tenggara Asia. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika utara terutama Mesir, di selatan Eropah di Syria dan sedikit di Asia Tengah seperti Iran dan India, . Tumbuh dengan ketinggian sekitar 20 hingga 50 sentimeter dan berdaun halus dengan kedudukan daun bertentangan. Batangnya berwarna hijau, bulat, berbulu dengan ukuran garis lintang sekitar 2 hingga 5 milimeter, sementara jarak diantara dahan adalah sekitar 2 hingga 5 sentimeter. Dahan bercabang di atas. Berbunga lembut di hujung dahan, selalunya berwarna biru muda dan putih, berukuran garis lintang sekitar 3 sentimeter, jumlah kelopak diantara 5 hingga 10 helai. Tangkai bunga agak panjang dan ia semakin panjang apabila buahnya semakin matang. Berbuah agak besar jenis ‘inflated capsule’ terdiri dari 3 hingga 7 pangsa yang mengandungi sejumlah biji. Bijinya berbentuk segi tiga, berwarna hitam, berbau ‘pungent’ yang agak kuat, mengandungi nisbah minyak yang agak banyak. Bijinya digunakan sebagai rempah dan juga berbagai kegunaan lain dan terakhir paling popular digunakan untuk menghasilkan minyak Habbatus Sauda’. Ia mempunyai rasa ‘pungent bitter’.
Biji Nigella sativa dikenali dengan berbagai nama seperti Habbah elbarakah (Arab), Kalounji, Mungal realael (Hindi), Kezah (Hebrew), Charnushka (Russia), Corek otu siyah (Turki), Siyah daneh (Parsi), Zwiebelsame,Nadella, Schwarzkumm (German), Neidonkuka (Finland), Mustkoomen (Estonia), Karijnigi (Kanada), Czarnuszka siewna (Poland), Nigella (Itali), Graine atau Wagella Cultiree, Cheveuxdevenus, Negelle (Perancis), Svartkummin (Sweden), Niguilla, Pesionara (Sepanyol), Svartkarve (Norway) Juga dikenali sebagai Fennel flower, Black caraway, Nutmeg flower atau Roman coriander (Inggeris). Biasa juga biji buahnya dipanggil sebagai Black cumin, Nigella atau Black seed. Dikalangan orang Mesir dan Syam ia dikenali sebagai Al-Habbatul Barakah, dan bagi Telegu dipanggil Nellajilakaira, Punjabi dipanggil Kalongi, Malayalam dipanggil Karunjiragam, Singhalese dipanggil Kaluduru, Marathi dipanggil Kalonji, Tamin dipanggil Karunjiragam. Di Yaman dan Iran dikenali dengan nama Al-Syuniz, manakala di Algeria dipanggil Sanuj sementara di Moroko dipanggil dengan nama Basdas.
SEJARAH BLACK SEED
Dilapurkan bahawa Nigella sativa (black seed) telah di temui di dalam makam Tutankhamen. Penemuan ini telah memberikan gambaran bahwa ia (Nigella sativa) mengambil tempat yang sangat penting dalam kehidupan orang-orang Mesir purba. Sungguhpun kegunaan sebenar Nigella sativa dalam masyarakat Mesir tidak diketahui secara tepat, namun dengan penemuan tersebut kita memaklumi bahawa sesuatu tidak akan dimuatserta kedalam makam diraja jika ia bukan sesuatu yang terpilih dan dipercayaai serta diyakini oleh mereka sebagai sangat berguna dan membantu raja mereka selepas mati.
Dalam sistem Perubatan Greco-Arab/Unani-Tibb yang berasal dari Hippocrates, menganggap black seed sebagai sumber pemulihan dalam gangguan pencernaan dan juga hati. Juga dianggap sebagai perangsang dalam berbagai keadaan tubuh.
Adalah fakta yang tidak benar jika dikatakan bahawa orang Arab mempelajari kegunaannya daripada orang-orang Greeks, kerana sebelum perkembangan Islam di Timur Tengah, tiada terdapat sebarang keterangan dan catitan tentang penggunaannya. Kegunaannya dalam perubatan hanya dicetuskan selepas kebangkitan Islam bermula dari apa yang telah diucapkan oleh Rasulullah saw berbunyi:-
“Sesunguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali Al-Sam”.
Hadith riwayat Imam Bukhari
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.
Hadith daripada Buraidah.