Monday, June 28, 2010

Petunjuk Rasulullahi Shallallahu 'Alaihi Wasallam Tentang Cara Rawatan Dengan Makan Makanan Yang Lembut

 

Dalam sunan ada satu hadis dari Siti Aisyah Radhiyallahu 'Anhaa, ia berkata:
Jika Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam diberitahu: Bahawa si Fulan sakit dan tidak ada nafsu makan! Baginda berkata: Berikanlah kepadanya "Talbiinah"! Kata baginda selanjutnya: Demi Allah, ia mencuci perut seorang seperti kamu membersihkan mukamu dari kotoran! Talbiinah ialah sejenis bubur seperti susu.
Berkata Al-Harawy:
Disebutkan Talbiinah sebab ia seakan-akan susu, kerana putih dan lembutnya.
Makanan ini sangat bermanfaat sekali bagi orang sakit, malah ia lebih utama dari bubur gandum. Kerana bubur gandum itu adalah butiran gandum yang dimasak, sedang talbiinah itu adalah tepung gandum yang dimasak, dan ia lebih bermanfaat sebab khasiat yang terkandung dalam gandum itu telah keluar.
Rasulullahi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:
Talbiinah itu berkhasiat mententeramkan hati orang sakit dan melenyapkan kesedihannya.
Sebab rasa susah dan sedih itu bertabiat dingin sehingga melemahkan panas yang terdapat dalam tubuh, sedangkan bubur ini menguatkan panas tersebut kerana itulah perasaan susah akan terusir dari dalam hati.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...