Assalaamu'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua...bacalah.... Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer.. x
smp 5 minit..pun!!! YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindungilah dan
peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami,
kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA
ALLAH. Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA
ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....
Luasnya Neraka : Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik
ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam pada waktu yg ia tidak
biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh
Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?' Jawabnya: 'Ya
Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan
penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa
neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah
itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari
padanya.' Lalu nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku
sifat Jahannam.' Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan
Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah,
kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu
tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala
dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan
terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk
dunia semuanya kerana panasnya.Demi Allah yg mengutus engkau
dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara
langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan
basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu
pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di
atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di
hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di
hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan
perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan
pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh
pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang
laki-laki dan perempuan.' Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah
pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?' Jawabnya: 'Tidak,
tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu
ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari
yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih
panas) Tanya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam.: 'Siapakah penduduk masing-masing
pintu?' Jawab Jibrail: 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang
munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat
nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu
ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat
Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima
orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara
bernama Sa'eir.' Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah
Shallallahu 'Alaihi Wasallam. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu
ke tujuh?' Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar
dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.' Maka nabi
Shallallahu 'Alaihi Wasallam jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail
meletakkan kepala nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam di pangkuannya sehingga sedar kembali
dan sesudah sadar nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar
kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'> >>> >> Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg
berdosa besar dari ummatmu.' Kemudian nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam menangis,
Jibrail juga menangis, kemudian nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam masuk ke dalam rumahnya
dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak
berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan
minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai') Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat
sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: 1. Neraka
Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000
daerah 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 4. Setiap
kampung mempunyai 70,000 rumah 5. Setiap rumah mempunyai 70,000
bilik 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak 7. Setiap
kotak mempunyai 70,000 batang pokok zaqqum 8. Di bawah setiap
pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular 9. Di dalam mulut
setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam
pekat. 10. Juga di bawah setiap pokok zaqqum mempunyai 70,000
rantai 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kitasemua.....Wallahua'lam. Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah
Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu
dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:'
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.. SEPULUH ORANG YANG
MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur
masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP. Bertanya orang
kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG
MUKMIN kelak di hari qiamat?' Maka jawabnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam 'Umatku
dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila
qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil
membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas
SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang
memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu
itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga
mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA,
sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka
adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku. Disebutkan oleh hadith
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan
TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :- 1.
Para Nabi 2. Para Ahli Jihad 3. Para Alim Ulama 4. Para
Syuhada 5. Para Penghafal Al Quran 6. Imam atau Pemimpin yang
Adil 7. Tukang Azan 8. Wanita yang mati kelahiran/beranak 9.
Orang mati dibunuh atau dianiaya 10. Orang yang mati di siang hari
atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang
beriman. Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra
sabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang
berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah Subhanahu wa Ta'ala memberi wahyu
kepada Malaikat Ridhwan: ' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah
mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka
di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka
segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. 'Maka
Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua
anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawadulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang
yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengansangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat
Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka
sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam
Surah Al-Haqqah bermaksud : 'Makan dan minumlah dengan sedap
disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU
itu.' * Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi
orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah )
Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu
lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237. Untuk renungan dan amalan
bersama . DOA: 'LAA ILAAHA ILLAA ANTA
SUBHAANAKA INNII KUNTU MINAZH ZHAALIMIIN' SEBARKAN KEPADA SAUDARAMU,
ALLAH AKAN MEMECAHKAN SEMUA KESULITANMU, INSYA ALLAH...WASSALAM!!!