> Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda: Apabila seseorang
> dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam
> hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya
> syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim)
>
> Malah ada orang jatuh cinta kerana
> terpesona dengan hidung seseorang.
>
> Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh
> syaitan.
> Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita
> tidur.
>
> Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.
>
> Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang
> hidung,
>
> tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.
>
> Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan
> yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.
>
> Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita,
> macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa)
>
> Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.
> Cara nak membersihkannya
>
> Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil,
> bersihkanlah perlahan-lahan.
>
> Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek
>
> kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan
> tertanggal,
>
> boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam
> serombong kapal daa.
>
> Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat,
>
> nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah,
>
> setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang
> hidung.
>
> Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya
>
> kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah
>
> dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan
> masing-masing).