Monday, June 28, 2010

Keistimewaan Ramadhan

 

1. Syurga akan dihias semula.
Segala keindahan yang terdapat di syurga tidak dapat dibayangkan. Segala perpepsi manusia terhadap keindahannya tidak tepat kerana syurga jauh lebih hebat. Haruman syurga akan ditambah sehingga boleh dicium sejauh 40 tahun perjalanan.
2. Bidadari diciptakan oleh Allah.
Bidadari merupakan penghias syurga yang Allah ciptakan untuk kaum lelaki yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Balasan ini akan mereka terima sewaktu di syurga nanti.
3. Allah menyeru sebanyak tiga kali.
Pada malam pertama Ramadhan bahkan setiap malam Allah akan berseru sebanyak tiga kali: "Adakah sesiapa di sana ingin meminta sesuatu lalu Aku berikan. Adakah di sana orang yang ingin meminta keampunan nescaya Aku ampunkan dosanya. Adakah di sana orang yang ingin bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala maka Aku akan menerima taubatnya."
4. Pada bulan Ramadhan Allah membuka peluang kepada hamba-hamba-Nya untuk beribadat.
5. Ikan di air akan meminta ampun untuk orang yang berpuasa sehingga waktu berbuka.
6. Akan diampunkan segala dosa apabila malam terakhir bulan Ramadhan.
7. Bau mulut orang berpuasa lebih wangi daripada wangian kasturi.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...