Berkata setengah ulama sesiapa membaca selawat ini 1000 kali Insya Allah dia akan bertemu Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam di dalam tidurnya. Dan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sesiapa yang membaca selawat ini nescaya aku saksikan baginya di hari qiamat dengan pengakuan dan aku beri syafaat baginya."
Lafaz selawat ini sebagus-bagus dan selengkap-lengkap dan sempurna-sempurna lafaz ke atas junjungan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Sebab itu selawat ini ditentukan bacaannya di dalam sembahyang.
Fadhilatnya:-
- Menurut Ahmad As-Shawi, barangsiapa membaca selawat ini akan mendapat syafaat dan pertolongan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam di hari qiamat.
- Mendapat pahala yang besar kerana selawat ini tergolong sebagai selawat utama.