Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf,
>>> : sangat warak dan khusyuk solatnya.
>>> : Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau
>>> : ibadahnya kurang khusyuk
>>> : dan selalu bertanya kepada orang yang
>>> : dianggapnya lebih ibadahnya, demi
>>> : untuk memperbaiki dirinya yang selalu
>>> : dirasainya kurang khusyuk.
>>> :
>>> :
>>> : Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis
>>> : seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan
>>> : bertanya, 'Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah
>>> : caranya tuan solat?'
>>> : Hatim berkata, 'Apabila masuk waktu solat,
>>> : aku berwudhuk zahir dan batin.'
>>> :
>>> : Isam bertanya, 'Bagaimana wudhuk zahir dan batin
>>> itu? '
>>> :
>>> : Hatim berkata, 'Wudhuk zahir sebagaimana biasa
>>> : iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air'.
>>> :
>>> : Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan
>>> :
>>> : tujuh perkara :-
>>> :
>>> : * Bertaubat
>>> : * Menyesali dosa yang telah dilakukan
>>> : * Tidak tergila-gilakan dunia
>>> : * Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
>>> : * Tinggalkan sifat berbangga
>>> : * Tinggalkan sifat khianat dan menipu
>>> : * Meninggalkan sifat dengki.'
>>> :
>>> :
>>> : Seterusnya Hatim berkata, 'Kemudian aku pergi ke
>>> : masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap
>>> : kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan
>>> : aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah,
>>> : Syurga di sebelah kananku,
>>> : Neraka di sebelah kiriku,
>>> : Malaikat Maut berada dibelakangku,
>>> : dan aku bayangkan pula aku seolah-olah
>>> : berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim'
>>> : dan menganggap bahawa solatku kali ini
>>> : adalah solat terakhir bagiku,
>>> : kemudian aku berniat dan bertakbir
>>> : dengan baik.'
>>> :
>>> : 'Setiap bacaan dan doa didalam solat,
>>> : aku faham makna nya
>>> : kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk,
>>> : aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku
>>> : memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
>>> : selama 30 tahun.'
>>> :
>>> :
>>> : Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana
>>> : membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila
>>> : dibanding-kan dengan Hatim.